Rakan Pengilang Anda dengan Pensijilan Penuh >

Berbekalkan pengalaman lebih dua dekad, kami mengkhusus dalam pembangunan produk kosmetik serta minuman dan makanan berasaskan botani, dengan penekanan terhadap inovasi, kualiti dan pematuhan piawaian industri.

Dilengkapi dengan makmal kawalan kualiti (QC), makmal analitikal serta makmal mikrobiologi yang menyokong analisis berketepatan tinggi menggunakan teknologi seperti GCMS, HPLC dan AAS.

Fasiliti Ensu Lifesciences Sdn Bhd diperakui GMP oleh KKM serta Halah oleh JAKIM, dan turut mematuhi piawaian HACCP, MESTI dan ISO 9001 bagi menjamin keselamatan, kualiti dan kebolehpercayaan produk.
Ensu Lifesciences Sdn Bhd menyediakan penyelesaian OEM bersepadu bagi pembangunan dan pengeluaran produk kosmetik serta makanan dan minuman botanik, merangkumi keseluruhan proses daripada formulasi hingga produk siap.
ENSU LIFESCIENCES SDN BHD
Ensu Lifesciences Sdn Bhd ialah syarikat pembuatan kosmetik serta makanan dan minuman botanik dengan lebih 20 tahun pengalaman, disokong pasukan profesional dan kemudahan makmal lengkap berteknologi tinggi. Diiktiraf dengan pensijilan GMP, Halal, MESTI, HACCP dan ISO 9001, syarikat ini komited menyediakan penyelesaian produk yang berkualiti, inovatif dan disesuaikan mengikut keperluan pelanggan.
PERKHIDMATAN MENYELURUH DARI IDEA KE PASARAN
Penyelesaian penjagaan kulit berasaskan sains merangkumi produk head-to-toe dan colour cosmetic, membantu anda membangunkan produk berkualiti tinggi dengan bahan akti berprestasi untuk memenuhi keperluan pasaran dan membina jenama yang dipercayai.
Pembangunan produk berasaskan tumbuhan yang menggabungkan inovasi formulasi dan nilai fungsi,membantu anda menghasilkan produk yang relevan dengan trend gaya hidup sihat masa kini.
Produk makanan sedia dimakan yang dibangunkan dengan fokus kepada kualiti, kestabilan dan kemudahan penggunaan, sesuai untuk memenuhi permintaan pasaran yang pantas dan praktikal.
Perkhidmatan pengekstrakan bahan aktif berteknologi tinggi untuk menghasilkan ekstrak berkualiti dan stabil, membantu meningkatkan nilai formulasi produk anda dengan lebih efektif dan selamat.







Kami membantu founder merealisasikan idea kepada produk siap melalui proses pembangunan dan pengeluaran yang berstandard tinggi serta penggunaan berkualiti.